Wednesday, June 5, 2013

POLIS PERLIS TAHAN 3 LELAKI , RAMPAS SENJATA




Supt. Tengku Zailan
KANGAR, 5 JUN --- Polis menangkap tiga lelaki China dan merampas sejumlah senjata tajam merbahaya bersama peralatan pecah rumah serta tiga komputer riba pada 3 Jun lalu.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintenden Tengku Mohd. Zailan Tengku Ahmad Shah , ketiga lelaki berumur 23 hingga 26 tahun itu ditahan dalam sebuah kereta Proton Waja berwarna silver berhampiran tokong China di Taman Perlis jam 9.45 pagi dalam keadaan mencurigakan.
Supt. Tengku Zailan berkata,  salah seorang suspek yang berumur 23 tahun  mempunyai dua rekod  melakukan jenayah samun.
Sementara itu, ketiga suspek  telah dijalankan ujian saringan awal air kencing dan didapati mereka positif `methamphetamine’.
Tambah beliau, pemeriksaan polis mendapati ketiga lelaki terbabit membawa bersama sejumlah senjata tajam merbahaya di dalam kereta Waja yang mereka naiki.
Antara yang dirampas berikutan penangkapan tiga lelaki itu ialah satu pedang samurai, satu parang, sepasang gari, peralatan dipercayai digunakan pecah rumah, sebatang besi, sebatang rotan dan  tiga komputer riba.
Beliau menambah, ketiga lelaki itu juga dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah pada 27 Mac lalu di Taman Seri Murni di sini menyebabkan  mangsa kerugian RM40,000.

Katanya, dengan tangkapan ketiga lelaki ini polis berjaya selesaikan sekurang-kurangnya dua kes pecah rumah dan samun manakala ketiga mereka di reman selama tujuh hari sehingga 10 Jun ini. Susun Atur Oleh : nana_diyana272@yahoo.com

No comments:

Post a Comment