AZIZAN MASIH UNGGUL DI USIA 66 TAHUN
Kegigihan warga emas berusia 66 tahun Azizan Ali yang mengajak rakyat Malaysia membudaya dan mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan wajar dijadikan contoh khususnya generasi muda.
Meskipun dimamah usia, ia tidak menghalang atlet veteran dari Perlis itu untuk terus bergiat aktif dalam sukan lasak seperti powerman, ironman dan traithlon.
Mula berkecimpung dalam sukan berkenaan pada usia 40 tahun ketika menuntut di Amerika Syarikat, pelbagai kejohanan dalam dan luar negara telah disertai.
Azizan ditemui pemberita selepas menghabiskan 70 pusingan renangan dan berkayuh 70 pusingan mengelilingi Bandar Kangar simbolik sempena meraikan sambutan Hari Keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibn Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ke-70.
Beliau yang dijangka menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Ipoh minggu depan berhasrat melakukan renangan dan kayuhan sama tahun hadapan.
Dalam pada itu beliau menyifatkan Malaysia masih jauh ketinggalan dalam pembangunan sukan terutamanya peringkat akar umbi berharap negara dapat mencontohi China melahirkan atlet berbakat.
Menurut Azizan ia selaras mencapai keseimbangan sukan dan pembangunan infrastruktur dalam usaha Malaysia menuju status negara maju pada 2020.
Susun Atur Oleh : nana_diyana272@yahoo.com
Susun Atur Oleh : nana_diyana272@yahoo.com
No comments:
Post a Comment