Monday, June 10, 2013

PERTANDINGAN AKHIR LAGU P. RAMLEE DAN SALOMA
PANEL PENGADIL PERTANDINGAN
Pengusaha kedai makanan berusia 60 tahun dan suri rumah 50 tahun, Othman Mat dan Shamsiah Mahmud masing-masing mengungguli kategori lelaki dan wanitaPertandingan Akhir Idola P. Ramlee dan Saloma "Tiru Macam Saya" 2013 yang diadakan di Kangar, Perlis malam tadi.

JOHAN LAGU P.RAMLEE
Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai 500 ringgit, Piala Pusingan Setiausaha Kerajaan Negeri, trofi dan sijil.

Pertandingan yang diadakan di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perlis itu menyaksikan 10 peserta layak ke peringkat akhir.

JOHAN LAGU SALOMA
Lagu Pukul Tiga Pagi dan Mengapa Dirindu yang didendangkan Othman dan Shamsiah nyata membawa tuah buat mereka apabila menjadi pilihan juri mengatasi lapan lagu lain. 

Mereka yang ditemui RTM selepas berakhirnya pertandingan amat gembira dan bersyukur atas kemenangan yang dicapai.  

Tempat kedua kategori lelaki menjadi milik Hafis Abdul Halim yang menyanyikan lagu Kata Dari Kalbu sementara ketiga diraih Azhar Samir yang membawakan lagu Sabaruddin Tukang Kasut.

Tempat kedua kategori wanita disandang Siti Noorwahida Abd. Razak menerusi lagu Bila Larut Malam manakala tempat ketiga, Rafidah Shabudin dengan lagu Senyum Tak Berbalas.

Majlis penyampaian disempurnkan Timbalan Setiausaha Kerajaan Perlis, Zulkafli Ahmad. Hadir sama Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri, Rahmat Md. Noh dan Pengerusi Kelab P. Ramlee dan Saloma Perlis, Ghazali Johari. Susun Atur Oleh : nana_diyana272@yahoo.com

No comments:

Post a Comment