Tuesday, June 11, 2013

MENTERI BESAR DI MAJLIS SANTAI-SANTAI
UMNO CAWANGAN ABI TENGAH





KANGAR , 11 JUN 2013 ----  Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man mahu rakyat di negeri ini merebut peluang pembangunan kerajaan bagi meningkat taraf hidup keluarga masing-masing.
Menurutnya , beliau bersama barisan Exco Kerajaan Negeri  merancang mewujudkan  dua  projek  mega di Padang Besar dan Kuala Perlis  untuk membawa peluang pekerjaan dan perniagaan yang lebih banyak kepada rakyat Perlis.
Beliau berkata demikian pada satu majlis santai bersama ahli-ahli UMNO  Cawangan Abi Tengah, Bintong, dekat sini, malam tadi.
Hadir  sama di majlis itu ialah dua Exco Kerajaan Negeri, Abdul Jamil Saad yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan  ADUN kawasan Bintong , Hajah Rela Ahmad, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Senator Mohd. Khalid Ahmad dan tuan rumah, Radhi Dan yang juga Ketua UMNO Cawangan Abi Tengah.
Tegas Menteri Besar Perlis yang baru itu,  pihaknya akan menarik seramai mungkin pelabur ke Perlis yang secara tidak langsung  akan menbuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan negeri ini.
Beliau menyatakan Kolej Universiti Islam Perlis , institut latihan akan dibangunkan oleh pihak RISDA yang akan dinaikkan taraf sebagai sebuah kolej universiti dan seteruskan menjadi sebuah universiti.

Katanya, Perlis juga akan turut memiliki sebuah kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berikutan kampus universiti itu di Rani Estet ,  Arau sekarang sudah begitu sarat  --- Susun Atur Oleh : nana_diyana272@yahoo.com

No comments:

Post a Comment