Sunday, June 9, 2013

PFA- CALON PRESIDEN BARU

SETIAUSAHA PFA,
DR. AMMAR HASSAN

KANGAR, 7 JUN -- Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) berharap kemelut kewangan meruncing yang melanda dapat diselesaikan segera selepas presiden baharu dipilih pada Mesyuarat Agong ke-13 persatuan itu yang dijadualkan 16 Jun ini.

Setiausaha Kehormat PFA, Dr. Ammar Hassan berkata, mesyuarat berkenaan akan turut memilih barisan kepimpinan baharu bagi membantu presiden mencorakan semula PFA bagi menarik semula sokongan syarikat korporat bagi menaja dan mencari dana persatuan. 

Ia secara tidak langsung dapat memancing pemain import dan tempatan berkaliber bagi menyarung jersi Perlis, sekaligus mengembalikan kegemilangan yang pernah dikecap Singa Utara sebelum ini.

Pada Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa PFA yang diadakan di Kangar hari ini, sebulat suara memilih Menteri Besar, Azlan Man sebagai  presiden baru bagi menerajui PFA, selepas Dato' Seri Shahidan Kassim digantung 30 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia  susulan melanggar Artikel 88 badan bola sepak induk itu.

Pemilihan Azlan disifatkan langkah terbaik bagi menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi PFA terutamanya tunggakkan gaji pemain selain melicinkan pentadbiran persatuan. 

PFA memberitahu mereka memerlukan sekurang-kurang 2 ratus 20 ribu ringgit sebulan bagi perbelanjaan mengurus dan membayar gaji  pemain bagi mengharungi aksi Liga Premier dan Piala Presiden.

Dr. Ammar juga mengalu-alukan sumbangan syarikat korporat bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung PFA ketika ini.  

Susun Atur Oleh : nana_diyana272@yahoo.com

No comments:

Post a Comment