Monday, June 10, 2013

SERAH TUGAS PRESIDEN PFA

DATO' SERI SHAHIDAN MENYERAHKAN TUGAS
PRESIDEN KEPADA ENCIK AZHAR AHMAD
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Encik Azhar Ahmad akan memangku jawatan presiden sehingga Mesyuarat Agong persatuan itu yang diadakan 16 Jun ini ekoran pergantungan 30 bulan terhadap Presiden PFA, Dato' Seri Shahidan Kassim oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Majlis penyerahan tugas itu dilakukan Dato' Seri Shahidan di Arau kelmarin.

Ketika ditemui pemberita Dato' Seri Shahidan berkata beliau akan cuba membantu PFA dalam masa terdekat menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain termasuk memohon peruntukan daripada Perdana Menteri.

Dato' Seri Shahidan yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata, susulan pergantungan beliau selama 30 bulan oleh FAM menyebabkan PFA berhadapan masalah kewangan yang meruncing. Susun Atur Oleh : nana_diyana272@yahoo.com

No comments:

Post a Comment